SELAMAT DATANG KE LAMAN SESAWANG KOPEMAR BERHAD

"Satu Untuk Semua, Semua Untuk Satu"

Jom Sertai Koperasi Kariah Masjid Ar-Rahman Bukit Kuang Kemaman Berhad

Dividen Tahunan Anggota

Sebagai anggota, anda menyumbang modal dalam bentuk syer atau saham. Apabila koperasi mencatat keuntungan daripada perniagaannya, anda berhak menerima dividen atau rebat (jika anda turut menjadi pelanggan), yang merupakan pulangan daripada pelaburan dan sokongan anda.

Peluang Pembangunan Diri

Menjadi anggota koperasi bukan sahaja memberi manfaat dari segi ekonomi, malah turut membuka ruang untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran diri. Anggota berpeluang menyertai pelbagai latihan, kursus, bengkel, dan program keusahawanan yang dianjurkan oleh koperasi atau agensi berkaitan. Melalui penyertaan ini, anggota dapat memperkukuh pengetahuan dalam bidang pengurusan kewangan, keusahawanan, dan kepimpinan, sekali gus meningkatkan potensi diri serta memberi nilai tambah kepada kerjaya dan perniagaan masing-masing.

Kelebihan 3

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. In pulvinar, felis vel ultrices dapibus, ante.

Coopasar

Selaras dengan matlamat transformasi digital negara kita juga, koperasi menyasarkan untuk membantu anggota memasarkan produk mereka terus kepada pengguna secara lebih meluas dengan adanya platform e-dagang. Sasaran koperasi kami adalah untuk mengembangkan kemudahan ini ke seluruh negara menjelang 2024.

Diwujudkan bagi meningkatkan kemahiran komuniti dalam bidang e-dagang dan pemasaran digital, yang seterusnya dapat membantu mereka meningkatkan taraf hidup, lebih-lebih lagi mereka yang terkesan dalam pandemik Covid-19.

Koperasi menyediakan ‘latihan dalam talian’ secara virtual kepada anggota dan bakal anggota yang mendaftar sebagai COOPRENUER. Pada masa yang sama, ini memberi kesan yang positif kepada masyarakat dengan menggalakkan orang ramai, terutama sekali golongan asnaf dalam menjana pendapatan melalui perniagaan dalam talian tanpa perbelanjaan modal.