Anggota Lembaga Koperasi

PENASIHAT

Yang Berbahagia Dato’ Mohamad Zawawi bin Mahmud merupakan Penasihat bagi KOPEMAR semenjak ia ditubuhkan pada tahun 2017. Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah SKM Negeri Pahang dan dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Bahagian Dana & Pelaburan di SKM HQ sebelum bersara pada bulan Mac 2023.

PENGERUSI

Tuan Haji Sabri bin Abidin Sulong merupakan Pengerusi Koperasi sejak penubuhannya pada tahun 2017. Beliau ialah pengasas koperasi yang berjasa besar dalam membina rangkaian perniagaan koperasi. Sebelum itu, beliau berkhidmat sebagai guru mulai tahun 1982 hingga bersara pada 2017, termasuk pernah memegang jawatan Guru Besar di beberapa buah sekolah rendah di daerah Kemaman. Sepanjang perkhidmatan, beliau menerima pelbagai pengiktirafan termasuk Anugerah Pengurusan Sekolah Terbaik selama beberapa tahun berturut-turut.

timbalan pengerusi

Puan Adlina binti Abu Bakar telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi sejak tahun 2022 hingga kini. Beliau menunjukkan kecekapan tinggi dalam pengurusan anggota koperasi serta membawa kepakaran hasil pengalamannya sebagai pegawai di Ranaco Marine Sdn. Bhd. dan juga sebagai ahli perniagaan. Pengalaman luas beliau amat penting dalam usaha memperkukuh dan mengembangkan koperasi.

setiausaha

Encik Muhammad Nashrul Muqsidh bin Sabri telah menjadi anggota koperasi sejak penubuhannya pada tahun 2017 dan kini memegang jawatan Setiausaha bagi sesi 2024/2025. Selain aktif dalam gerakan koperasi, beliau merupakan seorang usahawan dalam bidang cucian kenderaan (car wash) sejak tahun 2017. Beliau juga pernah menyandang jawatan sebagai Software Developer di sebuah syarikat IT di Kuala Lumpur.

bendahari

Ustaz Baharin bin Bade’i telah menjadi anggota koperasi sejak penubuhannya pada tahun 2017 dan kini memegang jawatan sebagai Bendahari. Beliau kini berkhidmat di Ranaco Marine Sdn. Bhd. serta merupakan Bilal di Masjid Ar-Rahman Bukit Kuang. Selain itu, beliau juga mendapat tauliah sebagai pemandi jenazah di Hospital Kemaman dan aktif sebagai penceramah agama di sekitar daerah Kemaman.

TIMBALAN SETIAUSAHA

Puan Razanah binti Mamat merupakan anggota perintis Koperasi sejak tahun 2017 dan kini menyandang jawatan sebagai Timbalan Setiausaha bagi sesi 2024/2025.

Walaupun bertindak sebagai suri rumah sepenuh masa, beliau kekal komited dan aktif dalam program serta urusan pentadbiran. Dedikasi dan sumbangan Puan Razanah amat dihargai dalam memperkukuh perjalanan organisasi dan menjadi teladan (contoh) kepada seluruh anggota.

ALK (BIRO PROJEK)

AHLI LEMBAGA KOPERASI

EN. NOH BIN HJ ANUAR merupakan Pengerusi koperasi yang sangat berjasa sejak tahun 2011. Beliau merupakan pengasas koperasi yang telah membina rangkaian perniagaan koperasi sehingga berjaya dengan cemerlang pada hari ini. Pernah juga menjawat jawatan Pengurus Besar Jabatan Sawit Kinabalu dari tahun 1990 hingga tahun 2011.

AHLI LEMBAGA KOPERASI

EN. NOH BIN HJ ANUAR merupakan Pengerusi koperasi yang sangat berjasa sejak tahun 2011. Beliau merupakan pengasas koperasi yang telah membina rangkaian perniagaan koperasi sehingga berjaya dengan cemerlang pada hari ini. Pernah juga menjawat jawatan Pengurus Besar Jabatan Sawit Kinabalu dari tahun 1990 hingga tahun 2011.