Aktiviti Kami

Tahniah! Mesyuarat Agung Tahunan Ke-3 Membuktikan Kekuatan Koperasi!
27 September 2025 | Kemaman – Koperasi Kariah Masjid Ar-Rahman Bukit Kuang Kemaman Berhad dengan jayanya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-3 di Dewan SK Bukit Kuang. Tahniah kepada 27 anggota yang hadir dan menyumbang kepada keputusan penting koperasi!
Bengkel Digitalisasi Pembangunan Laman Web Koperasi Negeri Terengganu
27 September 2025 | Kuala Terengganu – KOPEMAR menghantar wakil menyertai Bengkel Digitalisasi Pembangunan Laman Web Koperasi Negeri Terengganu anjuran ANGKASA di Hotel Tanjung Vista.

Bengkel selama tiga hari ini menawarkan input berharga kepada koperasi terlibat untuk membangunkan laman web sendiri tanpa kos. Syabas diucapkan kepada ANGKASA atas inisiatif cemerlang ini demi memajukan digitalisasi koperasi di Terengganu!
Mesyuarat ALK Bil. 1/2025-26
Pejabat KOPEMAR, Kemaman | 6 Oktober 2025 – Mesyuarat ALK Bil. 1 (2025/26) telah berlangsung bagi menyerahkan portfolio tugas kepada setiap anggota lembaga KOPEMAR. Kami mengucapkan tahniah dan mendoakan kejayaan semua ALK dalam menggalas amanah ini.